Friday, January 28, 2011

Bengkel Seramik







Latihan- Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan.

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu. Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Kehebatan Ahli Gusti





Saturday, January 22, 2011




Thursday, January 20, 2011

Gaya







"Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail."

Melawat adik di Hospital Selayang






Petua Mendidik Anak-Anak Supaya Berdisiplin dan Cemerlang

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap 1: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap 2: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap 3: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap 4: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Monday, December 20, 2010

Petua Agar Anak Cepat Berjalan

1. Setiap pagi ambil air embun di luar rumah.
2. Sapukan pada keseluruhan kaki anak sambil selawat Nabi banyak-banyak.
3. Amalkan selama 3 kali seminggu.

Saturday, November 20, 2010

Wednesday, October 13, 2010

"Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah s.w.t. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita...."

Aidilfitri 2010





Monday, October 4, 2010












Monday, September 13, 2010

...Menjerit!!

"....Anak anda meniru apa yang anda buat. Jika anda menjerit kepada anak anda secara berterusan, dia akan membesar dengan kepercayaan jeritan adalah satu cara komunikasi yang diterima. Apabila anak anda sudah cukup besar, dia pasti akan menjerit kepada anda pula."

Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam.

Sunday, July 4, 2010