Monday, January 11, 2010

FIESYA di hari pertama persekolahan SMART READER







Sabtu 4 Januari 2010, hari ni ni merupakan hari pertama FIESYA memasuki kelas Smart Reader di Kepong. Juga ditemani Ariel yang setahun awal memasuki kelas ini. Berbeza dengan Ariel, fiesya agak tidak sabar untuk memulakan persekolahan pertamanya. Sejak malam semalam lagi, Fisya telah menunjukkan kegirangan sambil bernyanyi riang.

Bagiku Fisya agak mudah untuk bergaul apatahlagi untuk mencari kawan berbanding abangnya Ariel. Sikapnya yang ceria dan aktif banyak menyenangkan pada sesiapa yang mengenalinya.

Entah apa yang difikirkan sehingga dahinya berkerut sewaktu tiba di luar kelas. Tapi langkah pertama sewaktu menapakkan kaki di gigi tangga menenggelamkan kerisauan dan dia senang untuk berdikari. Agak lega untuk meninggalkan pada hari pertama persekolahannya......

Wednesday, January 6, 2010