Thursday, May 26, 2011

Hari 'iBu' di bawah pohon jambu











Petua merapatkan hubungan dengan anak

Dengan kaedah bercerita dapat menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.











Seorang lelaki bertanya; “ Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”. Jawab Baginda; “ Berbaktilah kepada ibu bapamu”, kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi’. Sabda Baginda; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu”.


Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang siapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.