Monday, January 31, 2011

Ariel: 5 Tahun











Barang siapa keluar ke pekan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak; dan barang siapa membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Sunday, January 30, 2011

Saturday, January 29, 2011

Petua Menangani Anak Tidak Mahu Pergi Sekolah

Ada kanak-kanak yang memang suka pergi sekolah tapi ada juga segelintir yang tak suka pergi sekolah. Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Masalah ini biasanya berlaku bagi anak berumur 4 -7 tahun yang baru hendak mula bersekolah. Walaupun demikian ada juga kes anak yang tidak suka ke sekolah yang berlarutan sehingga sekolah rendah.


Antara Penyebabnya

1. Tidak mahu berpisah dengan ibu dan adik-adik di rumah

2. Dibuli oleh kawan-kawan di sekolah

3. Guru yang tidak disukainya; mungkin gurunya selalu menegur dan marah secara yang tidak disukainya.

4. Tidak suka berkawan, suka tinggal berseorangan disebabkan tidak dibiasakan sebelumnya

5. Tidak selesa, takut, tidak pernah berenggang dengan ibu bapa dan tidak rasa selamat

6. Perasaan takut dan tidak selesa berdepan dengan guru dan kawan-kawan

7. Tidak suka bangun awal pagi

8. Tidak suka dengan persekitaran sekolah


Cadangan Penyelesaian
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya. Berdasarkan punca masalah tersebut, cuba cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti berikut:


1. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti “ada ramai kawan”, “guru yang baik”, “boleh main dengan kawan” dan sebagainya..

2. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi janji tersebut mestilah jangan keterlaluan dan di dalam kemampuan ibu bapa.

3. Latih anak bangun awal, sebaik-baiknya dapat solat subuh bersama-sama. Sediakan mereka dengan pakaian yang kemas.

4. Mungkin juga ibu atau bapa perlu temankan dia di sekolah untuk berapa ketika sehingga dia rasa selamat dan yakin

5. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

6. Berbincang dengan guru sekiranya anak anda dibuli atau takut kepada kawan. Biasanya guru juga dapat mengesan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

7. Bantu anak dapatkan kawan seramai yang mungkin dan secepat mungkin. Ada juga kanak-kanak yang lambat mendapat kawan, dan ada yang cepat (bergantung kepada sifat genetik, persekitaran dan asuhan).

8. Tukar sekolah. Ini adalah pilihan terakhir sekiranya masalah persekitaran, guru dan rakan sukar diatasi. Kemungkinan juga anak tidak minat dengan silibus di sekolah berkenaan.

9. Berdoa semoga diberikan minat dan keinginan yang tinggi bagi anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaat.










Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.


Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan, Aqrak berkata; anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium. Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyanyangi, tidak pula akan disayangi”.

Open House






Petua Ajar Anak Buat Kerja Rumah
Berdikari atau belajar buat kerja sendiri adalah latihan paling penting kepada anak anak anda. Dengan latihan peringkat awal, anak-anak anda akan di dedah dengan sifat keusahawanan, pandai buat kerja, latih mereka kreatif dan tahu erti tanggungjawap. Boleh mula seawal 2 tahun, dan bermula dengan kerja asas sahaja. Bagi keluarga ramai latih anak anak buat kerja rumah ikut kemampuan mereka.

1. Misalnya, anak sulong, sapu sampah, anak ke 2, cuci tingkap, anak ke 3 lipat baju. Atau anda boleh latih mereka selepas makan pinggan mesti basuh sendiri dan simpan. Jangan manja anak sehingga anak anak tak tahu langsung buat kerja rumah. Bahagikan kerja ikut kemampuan anak-anak dan peringkat awal kena ajar dan bimbing bagaimana nak buat.

2. Perkara anak tak tahu buat kerja, malas, banyak berlaku dalam masyarakat kita, dimana anak anak malas buat kerja rumah, semua kerja ibubapa buat. Agak malang apabila anak langsung tidak mahu bantu ibu atau bapa di rumah. Puncanya kerana ketika kecil tidak dilatih buat kerja mudah di rumah.

Puji mereka apabila mereka buat kerja, ajar mereka cara basuh pinggan, cara basuh cawan, cara basuh baju dengan mesin basuh, cara sapu sampah, cara cuci kerusi, cara cuci kasut, dan kerja mudah yang lain. Nampak mudah, tetapi amat bermakna kepada perkembangan otak anak anak dan keusahawanan mereka. Mulai hari ini latih mereka buat kerja, kerana akan membantu mereka berdikari semasa dewasa nanti. Awas jangan dera mereka dengan kerja berat, wujud suasana ceria semasa buat kerja.

Friday, January 28, 2011

Di Padang




Ariel & Fiesya


Ais krim emm best...




Bengkel Seramik







Latihan- Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan.

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu. Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Kehebatan Ahli Gusti





Saturday, January 22, 2011




Thursday, January 20, 2011

Gaya







"Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail."

Melawat adik di Hospital Selayang






Petua Mendidik Anak-Anak Supaya Berdisiplin dan Cemerlang

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap 1: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap 2: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap 3: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap 4: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.