Wednesday, April 22, 2009

Tuesday, April 21, 2009

Thursday, April 9, 2009

Hari pertama Ariel ke tuisyen



Hari ni ni merupakan hari pertama Ariel memasuki kelas Smart Reader di Kepong. Mungkin agak susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru apatahlagi berjauhan dengan mamanya (kerana Ariel tak pernah berengang dengan mama).
Pagi itu kami mengambil sedikit masa bersarapan bersama dan memberikan gambaran keseronokan semasa di kelas kpd Ariel. Mungkin ia dapat membantunya.
Selesai bersarapan, Ariel bersemangat menuju ke kelasnya dengan ditemani mamanya. Ayah ngan pisya tunggu kat keta. Ariel terus duduk di dalam kelasnya sambil menggenggam tangan mama. Mungkin ini la masa yang agak sukar baginya untuk berseorangan dengan orang2 lain disitu.
Kelas bermula, mama terpaksa meninggalkan Ariel dikelasnya. Sambil gengaman erat tangannya seperti tidak mahu melepaskan, mama terpaksa juga. Kedengaran teriakan Ariel kauat kedengaran dari luar. Sayuu...bunyinya.... .riak muka mama agak lain. Kelihatan sinaran kilauan di mata mama. Tapi tulah yang perlu dilalui oleh semua ibu semasa melepaskan anak pada hari pertama persekolahan.